Assalamualaikum Adik-adik yang dikasihi...
Wah.. Mai buka pintu dewan hari ini yer...
Sebenarnya akak gi ke Guangzhao ikut rombongan Cik Kiah...
Rupanya kebanyakan itenary shopping... ada gak gi temppat bersejarah..
sempat melawat dua buah masjid yang besar... satu masjid tu kata yang beri penerangan kalau hari jumaat,
jemaahnya mencecah lebih 5000 orang. Tapi akak masih lum ejas gambar2 tu lagi.. banyak sangat model2 profesional dlm gambar,
tu yang nak kena ejas dulu...
Musafir kali ini agak meletihkan, kerana suasana tak jauh beza mcm kat sini, kadang tu macam rasa kat Sungei Wang,
kadang rasa mcm kat Jalan Kenanga, rasa mcm kat Woodland pun ada gak,.. takder rasa mcm kat Petaling Street.
Kat sana selama 4 hari, destinasi shopping semuanya dalam gedung, takder bazar mcm kat Petaling Street..
Satu tumpuan shopping kata tourist guide kita tu namanya Jalan Beijing, memang sesak terutama malam Sabtu dan Ahad.
Kota perdagangan Cina ke 2 dibuka kpd orang luar ni ada 20juta penduduk....mana tak sesak. Kotanya dipelihara kebersihannya,
tapi toilet tetap 'hancing giler'.. dah ada pintu tapi kena bawa air ke dalam krn takder paip.. kekeke
bayangkan...
Tiap-tiap hari kena hujan kerana hujan trun petang, setiap kali nak dinner atau lepas dinner, kena hujan...
kat sini manja bagai nak gila, takut kena hujan, kat sana hari2 kena hujan, air hujan dia orang lagi lebih tercemar dr kita..
Pendek kata musafir kali ini seronok tapi tidak seronok seperti musafir sebelumnya...Nanti ada kesempatan kita story mori lagi..
Untk adik-adik yang dikasihi, didoakan kesejateraan dan hari yang lebih baik dari sebelumnya...