Assalamualaikum ,
Salam Ramadan untuk adik-adik yang dikasihi,
Terima kasih adik Ribut bukak dewan hari ini.
Bersih wangi dan memancar-mancar nampaknya.
Mai, kalau nak bercerita pasai shippers ni, sebenarnya akak pun tak berapa nak menjadi shippersnya..
akak cuma reti buat screen caps, mungkin betul juga citer dia buang hadiah pemberian fan dia tuh..
sebab kita pun tak tahu dia ni secara peribadi... apa pun disebabkan dia kak jumpa adik-adik di sini..
Baik sungguh jiranmu dik, bagi durian.. akak kadang baunya pun dah tak tahan..
tapi kalau setakat nasi biru tu akak tak berapa kecur dik!!! hehehe...
Tapi akak agak terkedu, camner ko boleh lupa birthday anak tuh!! ishhh cian dia..
Tak sangka Bro Shah, pandangan sangat jauh yer sampai ke Seoul tuh.. betul gak kat Ribut tu,
kat Seoul tu masa berbuka ada ke martabak atau air asam boi... kekeke. Tapi akak salute ko dik,
ko ada impian sebegitu...
Cuaca diluar tu agak panas, sekejap lagi kena ke Amcorp Mall, ish petang2 ada aapointmen memang syok sikit
sebab dapat sampai rumah awal. Rasanya nak buat epok2 keledek ler...
Jumpa lagi adik-adik.. semoga amal ibadat kita diterima oleh Yang Diatas Sana.
Semoga puasa tahun ini adalah yang terbaik!!!