Sedar tak sedar, sekejapan dah masuk hari ke 11 kita berpuasa.. how time flies..
Nampaknya pagi ni saya agak free sikit (boss lom masuk opis lagi) maka boleh la bukak dewan yg indah ni..
@ Shah
Dik, terpulang pada individu tu utk menilai kehebatan seseorang pelakon.. tapi mungkin bagi akak dan Kak Fiieza serta kakak2 yg lain, kami sama2 berpendapat yg YEH so far merupakan pelakon yg hebat.. memang la tak dinafikan.. ramai lagi pelakon kt sana yg hebat2 belaka.. tapi masing2 memiliki karisma kapoor tersendiri.. YEH, seperti yg fans tahu merupakan seorang yg humble, friendly, selalu work hard, dia akan buat research terlebih dulu terhadap setiap watak yg dia dapat, tak kira sama ada dalam filem atau drama.. peminat dia bukan setakat budak2 jer dik.. ahjumma2 pun ramai minat dia.. especially ahjumma2 di Jepun.. hehe.. dan yg paling membanggakan dia menguruskan syarikat entertainment dia sendiri..
@ Kak Fieza
Sabar ye kak.. memang lumrah bila bekerja secara berjemaah ni.. macam2 perangai kita jumpa, dan pasti ada jer yg tak kena.. terutama bila bekerja dalam bulan Ramadhan ni.. menuntut kesabaran yg sgt2 tinggi.. kalau tak mau dah baling meja kt org tu mcm ni..
Untuk Kak Elana dan Kak Mai, assalamualaikum.. salam hamba hulur tanda ingatan.. cewahhh... lgi 19 hari nk raya ni tetiba terkuar lak lagu bang Jamal kita.. hehe..
Untuk pengetahuan am semua.. hari ni merupakan besday ex-member After School yg juga rapper penting iaitu Rebekah Kim atau dikenali dgn panggilan manjanyer Bekah.. sedih sebab dia tak lagi bersama AS.. tanpa Bekah ibarat masakan tanpa pak aji naik moto.. huhu.. tapi apa2 pun AS tetap teruskan promosi mereka di Jepun, dan lagi 2-3 hari dorg akan berangkat ke sana utk promote album mini Bang!
To Bekah.. Saengil Chukha Hamnida.. Saranghaeyo!
Ni MV cut Bekah nyanyi lagu Like A Star dalam rancangan Big Question.. sedap kan sore dia.. selain drpd rap, dia boleh nyanyi gak..
Ok, setakat ni saja berita terkini hiburan sensasi utk hari ni.. sekian Karam Sing Wallawey melaporkan dari kg. baru.. kekekeke... jumpa lagi..