Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: [MY] Malaysian? Sini sini!!

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57914

  • kimiafiz fieza
  • kimiafiz fieza's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • luv u, luv him, luv u both..
  • Posts: 468
  • Thank you received: 259
Assalamualaikum..

hihihi_2011-08-16.gif


Alhamdulillah, masih diberiNya kesempatan untuk berkunjung ke dewan jemaah yg penuh kasih sayang ni :kiss1:

wah, hari ni adik rembulan kita yg bukak pintu dewan :-V sebelum Subuh lagi dia dah singgah :kiss: :heartsh:

akak panggil cheetah ni menari menyambut adikku bad
dancingcth_2011-08-16.gif


hari ni 16 Ogos 2011 = 16 Ramadhan 1432H..

cepat kan masa berlari, makin sayu pulak bila difikirkan Ramadhan kian menghampiri penghujungnya :(

masih adakah umur kita untuk menyambutnya tahun depan?? huhuhuhu
Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret!

The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: Qaisya97
 

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57916

  • shahzigear86
  • shahzigear86's Avatar
  • OFFLINE
  • Graphic Designers
  • PSH's ❤ Lovers ❤
  • Posts: 1078
  • Thank you received: 395
:-V Askum sume...haa bad aku nk tgk hari ada post ko klo takde :angry1 aku aku.....aku apa ek? :S

ahhh tak kisah laa nk ngulau jap adeh skit nyer blakang den :onhot:
♫♪♪♫♪♪♫♫•*¨*•.¸¸☪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫♪♫♫♪♪♫♫•*¨*•.¸¸☪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫♪♫♫♪♫
❣❣❣≃≃≃☪≃≃≃❣❣❣......
The administrator has disabled public write access.

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57932

  • elankham
  • elankham's Avatar
  • OFFLINE
  • Administrator
  • Posts: 11515
  • Thank you received: 28784
Asslamualaikum adik-adik yang dikasihi...

Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...

Dah setengah bulan kita puasa yer...

Rasanya macam baru semalam niat puasa untuk sebulan..

Begitulah masa begitu kejam berlari dengan pantas meninggalkan kita yang

sering terhegeh2. (Ribut tidak termasuk dalam senarai ini..Mai dengan akak barangkali)

Patutlah dewan begitu nyaman rasanya, anak bujang yang sedang merantau rupanya yang bukak dewan hari ini..

Sungguh gembira hatiku hari ini, rembulan hitamku yang lama menghilang muncul seawal pagi..

dan yang sungguh membuatku gembira, dia kini sudah tidak menangis lagi.. kekeke

Bro Shah ni sakit belakang lagi ker.? Adik apa citer panas JGS semalam yang adik cakap tuh!!

DJ kita senyap disiang hari.. nanti malam selepas terawih, segar bugar dia..

Untuk semua adik-adikku selamat berbuka puasa dengan berkat dan rahmat!!!

Akak nak masak kentang goreng bercili dengan ikan bilis, peria goreng dengan ikan bilis jugak, ulam timun dan sambal serta telur dadar..

Jumpa lagi malam ni kalau akak tak tertidur macam malam semalam...

Maaf akak suka gambar ni.. sebenarnya kalau anjing tu tak haram/najis, akak mesti ada bela seekor dua..hehehe.
friendship-24.jpg



Kata-kata inspirasi dari gadis yang buta, bisu dan pekak - tak dapat daku bayangkannya..
Terima kasih Allah kerana kesempurnaan kejadianku atas ehsanMu...
inspirational-quotes1.jpg
The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: kimiafiz fieza
 

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57933

  • kimiafiz fieza
  • kimiafiz fieza's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • luv u, luv him, luv u both..
  • Posts: 468
  • Thank you received: 259
Ingin berkongsi kisah yg penuh pengajaran ini di sini:

Ibubapa bukan liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun.

Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Allahuakbar!!!

menitik airmata bila membaca kisah ini..
sekarang baru sy faham, kenapa arwah abah dulu happy sgt tiap kali sy menghulurkan duit wpun hny seciput jumlahnya..
Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret!

Last Edit: 14 years 5 months ago by kimiafiz fieza.
The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: Qaisya97

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57939

  • Qaisya97
  • Qaisya97's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • Posts: 446
  • Thank you received: 216
Selamat petang semua...:willing

hari sy lewat sikit singgah dok lepak kat balai sebelah..pastu wat pencarian cari faez lak..tak jumpa sampai sekarang.

dah abis ikhtiar...:1 :1 :1

kak elena.

huh..terliur sy dgn kentang goreng bercili dgn ikan bils tu....hemmm masakan jowokan?

ahaha..sok sy buat..hari sy goyang kaki...tapau ..anak nak makan MacDonald..sy tumpang sekaki.

ikutkan memang tak kena tekak..tp dah MMMMMMM ...ni..kira bolehlah.....=X

fieza...

masaklah...sempat lagi ni..kalu masak maggie..lagi banyak masa lebih..huhuhu.

shah.

berehatlah...dapat mc tak...:1

selamt berbuka puasa.
The administrator has disabled public write access.

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57947

  • Qaisya97
  • Qaisya97's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • Posts: 446
  • Thank you received: 216
fieza..huhuhu..

sedih dan terharu baca coretan penulis yng awak post tu,

tapi sy tak dapat nak bayangkan sbb sy dari 6 thn dibawah jagaan nenek...:touched

terpisah dari adik beradik setelah ayah pergi...huhuhu.begitulah.....:cry
The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: kimiafiz fieza

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57971

  • shahzigear86
  • shahzigear86's Avatar
  • OFFLINE
  • Graphic Designers
  • PSH's ❤ Lovers ❤
  • Posts: 1078
  • Thank you received: 395
akak jgn citer sedih :touched

adeh panas giler ubt doctor nie bgi :sickr:

tebakor rsa blakang sya nie... :onhot:

rsa mcm ada org ngurut pun ada :S

mmng sah doctor nie + dukun.... =D =X

ok laa nk rest jap nnti smbung sembng ok...kpd kak elana sory laa siang td tak smpt nk lepk2 sini :touched

kne kaco ngan awek jgs td :imdead:
♫♪♪♫♪♪♫♫•*¨*•.¸¸☪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫♪♫♫♪♪♫♫•*¨*•.¸¸☪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫♪♫♫♪♫
❣❣❣≃≃≃☪≃≃≃❣❣❣......
The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: kimiafiz fieza

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57973

  • kimiafiz fieza
  • kimiafiz fieza's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • luv u, luv him, luv u both..
  • Posts: 468
  • Thank you received: 259
kena kaco ngan awek jgs konon :OMG

bukan ko baru balik lepas sesat kat nepal ke dik oi :D :D

isyy, mlm ni berdebar2 pulak menanti kemunculan rembulan hitam :kiss1:

lupa la, esok Selangor CUTI!!!!
miss-bone-173_2011-08-16.gif

dancingpanda1_2011-08-16.gif

dancingbear_2011-08-16.gif

kak elana..

esok bajet nak g jln TAR :-V :-V
Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret!

The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: Qaisya97

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57982

  • Qaisya97
  • Qaisya97's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • Posts: 446
  • Thank you received: 216
Selamat malam semua....:luvluv:

waahhhhhh esok semua kira bercutilah yer....:willing

kak elena ,fieza,shah,leez,faez dan mana yg dok kl tu..sok boleh shopping sakan yer.

sonoknyer kalau sy dapat join kat sana..ramai2 shopping kan.

tak dak apa yg special kat kluang ni..jd sy pun tak dak mood nak shopping.

usahkan nak shopping,window shopping pun mlas.

takpa..ada masa turun KL baru sy shopping...huhuhu..cuci mata kat Pavillion...best.

boleh pagi sampai petang jalan jallan cuci mata..belinya ciput jer...kekeke.

tapi nampaknyer kena cari jugak baju kurungni..cam tak sempat pindah..kat taman ada marhaban.

tahun lepas sy jadi tuan rumah tapi tahun ni..tak maulah..penat...takdak orang tolong kemas.


ishhh..citer sal raya dan shopping plak...=X

mana adik bad ni...:kiss1:
The administrator has disabled public write access.
The following user(s) said Thank You: kimiafiz fieza

Re: [MY] Malaysian? Sini sini!! 14 years 5 months ago #57983

  • kimiafiz fieza
  • kimiafiz fieza's Avatar
  • OFFLINE
  • Expert Star
  • luv u, luv him, luv u both..
  • Posts: 468
  • Thank you received: 259
mai..

wah, jln2 kat Pavillion..

sy dah 7 tahun kat cni, tp tak penah jejak kaki kat ctu :willing

bukan tak de yg ajak, sy yg tak mao g :-V
Speak when you are angry and you will make the best speech you will ever regret!

The administrator has disabled public write access.
Moderators: Mandy
Time to create page: 0.172 seconds