
selamat pgi semua....hv a nice day...
nie ada stu cerita tuk santapan rohani di pgi2 hari tuk semua
2 Sahabat

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Izhar dan yang sorang tu bernama Azhar. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Izhar berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Azhar tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Azhar ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Izhar ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Azhar. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Azhar tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Izhar dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Izhar telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Izhar beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Azhar bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Izhar pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".
hahaha semoga anda terhibur