CATATAN SETERUSNYA...
Tetamu yang datang dari jauh ini kami bawa ke lokasi yang dijanjikan.
Sebelum ke lokasi, kami singgah ke kedai kek untuk beli kek sempena PSHIC 1st Aniversary.
Jang Azu yang memilih kek chocolate moist dengan cappuccino.
KEK NI MEMANG YUMMY......
Setelah tiba di lokasi tiga orang wanita yang manis-manis sudah berbual dengan mesra nampaknya..
Wah dalam hati gembira
Baru bertemu pertama kali, adik-adik ni nampak mesra.. syukur segala nikmat Allah ini.
Kami saling berkenalan..
Ya, akak nampak Ami dulu. Adik Faizah nampak belakang tubuh sahaja..
Bersalaman dan bertukar pelukan dengan adik-adik ini begitu nikmat rasanya
Seolah rasa persaudaraan yang erat apabila jantung kami saling berdekatan dan berdebar serentak
Aduh!!!! tidak dapat digambarkan kegembiraan atas nikmat ini..
Malangnya situasi itu tidak dirakam... hanya yang ada disana saja yang dapat melihat.
Oleh kerana Faezah mempunyai tanggungjawab yang perlu untuk dijalankan, pertemuan antara kami agak singkat.
Segera kami berkumpul di halaman restoran untuk merakam pertemuan bermakna ini..
Tatapilah wajah-wajah mereka yang ikhlas ini adik-adikku...