SALAM PAGI JUMAAT YANG BERKAT SEMUA.

di hari jumaat kita digalakkan utk berdoa kerana ia merupakan penghulu segala hari...

kerja2 di ofis harap dilunaskan supaya tidak membebankan cuti bro2 dan akak2 semua pada esok hari....

dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam(ayat favourite kak elena).
wah good morning kak faezah....awalnya bangun.

sy harini ada ujian QTI kete....semoga lulus dgn jayanya
test JPJ kete sy sepatutnya 7hb nie ditunda 14hb nie....ishhh lambat betullah
baiklah pagi jumaat nie sy nak bagi cerita lawak skit
Shah yang Insaf(kita tukar nama dia
)
Kerana sudah berasa insaf, Shah pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Shah. Shah tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Shah menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Shah kembali menepuk bahunya dan Shah mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
PENGAJARAN: Hari jumaat nie kita digalakkan bersedekah walau dimana jua tp yang paling penting sekali
keikhlasan utk bersedekah mesti ada.....(daripada 2 ringgit jd 200 ringgit....ikhlas2)
Dipercayai inilah abang Justin Bieber yang dah lama menghilang.Inilah Justin Beanber!
ok tu jelah dr saya...doakan saya berjaya harini ye
...aminnn