Selamat Tengah Hari Semua.

ok lunch time.....nampaknya semua busy arini.

have a nice holiday.

pg td sibuk sebentar....tgh berkebun dan bina banggunan.

alhamdulillah byk hasilnya.
@kak mai
kak mai selamat pagi....haha.

sori kak...dah tgh hari plak.

dktnya umah akak dan mak mertua....sy pun nak camtu gak bila dah besar nanti.

senang kalau umah malas nak masak pegi umah mentua.
korang perasan x tulisan "YKK" kat almost zip.

sy pun baru perasan actually...dah 18 tahun pakai seluar berzip.

kalau korang x perasan cuba cek skrg.

korang baca nie apa meaning dia.
Sila Baca Fakta Ringkas
-YKK adalah singkatan kepada Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, iaitu sebuah perusahaan membuat zip.
-Pada tahun 1934. Tadao Yoshida mengasaskan syarikat Yoshida Kogyo Kabushikikaisha (atauYoshida Industries Limited).
Syarikat ini kini merupakan pengeluar zip terbesar di dunia, membuat sekitar 90% dari jumlah zip yang ada di dunia melalui lebih daripada 206 kemudahan pengeluaran di 52 buah negara.
-Sebenarnya, syarikat YKK tidak hanya membuat zip, malah mereka juga mengeluarkan sendiri mesin untuk membuat zip dan menjualnya kepada perusahaan-perusahaan lain.
-Kilang mereka yang terbesar terletak di Georgia, membuat lebih dari 7 juta zip sehari.
Menurut pengasasnya, Mr Yoshida, untuk membolehkan syarikat itu mencapai ke tahap ini, beliau mempraktikkan prinsip "Kitaran Kebaikan", yang ia sebut sebagai "Cycle of Goodness'. Iaitu, "Tidak ada yang mendapat kemakmuran dan kebahagiaan kecuali jika orang itu sendiri menjadikan manfaat bagi orang lain."
Menggunakan prinsip ini, dia berupaya untuk mencipta zip terbaik di pasaran yang mampu bertahan untuk satu tempoh masa yang panjang dalam produk yang dihasilkan. Hal ini kemudiannya akan menguntungkan pengeluar lain yang menggunakan zip itu dalam produk mereka disamping memberi kepuasan kepada pelanggan. Dan disebabkan hal-hal sebeginilah yang akan menguntungkan syarikat dengan jualan dan pembelian yang berterusan dan berulang, sehingga menyelesaikan "Kitaran Kebaikan".
Jadi lain kali sekiranya anda membuka zip seluar, baju atau pakaian anda, luangkan masa untuk mengingati Mr Yoshida juga,dan cuba selami falsafah dan prinsip yang menjadi teladannya. Yang baik kita jadikan pedoman...hehe~
ok tu jerlah....nanti lepas lunch jumpa lagi.