Salam Sejahtera Adik-adik di kasihi,
Sudah hampir tengahari, namun dewan kita nampaknya dingin dan sepi.
Nasib baik sempat mencelah seketika.
Di harapkan semua adik-adik menjalani kehidupan yang lebih baik lagi hari ini.
Kepada anak-anak yang sedang menuntut, belajar dengan ikhlas agar ilmu itu boleh di gunakan untuk diri sendiri dan
juga manfaat untuk orang lain juga.
Pada yang sedang bertungkus lumus bekerja tu, sungguh anda bertuah kerana setiap masa anda bekerja itu dianggap ibadah..
Ampun Allah, kerana curi masa bekerja untuk mencelah di sini.
Manakala yang jadi CEO di rumah, sebenarnya peranan anda juga lebih penting, anda yang menggoyangkan buaian itu
mampu menggoncang dunia. Kalau tak caya, cuba emak2 yang kat rumah tu mogok, mahu tak huru hara kat rumah tuh!!!!
Tak kisah apa pun yang adik-adik buat, kalau boleh lakukannya dengan suasana hati yang gembira.. jangan tension!!!