Bro Shah,
tak per dik. utamakan yang paling penting dulu.
Adikku/anakku Amy,

kehadiranmu di pagi Jumaat ini menjadikan dewan ini bertambah berseri.
Terima kasih menjenguk kita orang di sini...
Diharap semuanya sempurna dan baik belaka..
Sungguh besar rahmat di pagi Jumaat ini kerana hujan turun mencurah-curah...
Entah kenapa, dirasakan pemandangan hujan di sisi tingkap pejabatku ini sungguh indah sekali ku rasakan..
Derunya yang berbaur dengan bising enjin kenderaan juga enak singgah di telingaku...
Diiringi pula dengan lagu Sedetik Lagi oleh jejaka Malaya pujaanku...
Terus menjadikan kopi O dari kilang Cina tempatan ini pun lebih sedap dari biasa..
Terima Kasih Allah atas rahmat ini. Begitu aku rindu sekali suasana indah begini yang semakin
jarang kurasakan..
Biarpun tidak seindah pemandangan ini, tapi nikmat keindahan hujan pagi ini begitu luar biasa sekali..
Bunga ni memang dah cantik, kena hujan lagilah cantiknya...... aduhai..