@bro ahmad
thank u bro for the advice.....haha i must really work hard to get lower weight
ok boleh try nampaknya...mintak2 menjadi
oklah masa utk tido....tp sebelum tu sy nak bg pantun nie
Pantun Sebelum Tidur............
Kalau hendak ke rumah Milah,
Ambilkan saya bunga Melati,
Kalau hendak tidur tidurlah,
Biar saya hiburkan hati.
Duduk bersila sambil bertutur,
Menyambut Baba datang melawat,
Letakkan kepala di bantal tidur,
Menghadap kiblat mulalah berselawat.
Pergi berjalan ke Bota Kanan,
Bawa pulang buah berangan,
Ikutlah sunah Nabi Junjungan,
Tidur mengiring di lambung kanan,
Bawa Lekir pergi ke pasar,
Membeli buah meminjam sikat,
Mulut berzikir serta istighfar,
Mengingati Allah biar selamat.
Ke Pengkalan Datu membuat atap,
Membeli tauhu mencari kail,
Tidur itu mati sekejap,
Manalah tahu diambil Izrail.
Jari menunjuk si mulut gagap,
Mhu bercakap walau tersekat,
Pohonlah petunjuk sebelum terlelap,
Biar Lailahaillallah pengakhir kalimat.
Mahu pergi ke Pantai Barat,
Mengidam sup beserta kebab,
Jika mati selamat di akhirat,
Jika hidup meneruskan tanggungjawab.
ok selamat malam semua.....jumpa kita di pagi sabtu esok...